Hubungi kami hari ini 03-2610 7081 / 7083 / 7418 / 7083 / 8271 /7080

Berita

Surat Tunjuk Sebab Gagal Hadir Peperiksaan.

Disiarkan ke web pada 15-08-2018 | Telah dibaca sebanyak 3340 kali

Dimaklumkan bahawa, calon-calon yang telah ditawarkan menduduki peperiksaan, tetapi gagal menghadiri peperiksaan bagi kedua-dua atau salah satu kertas peperiksaan/bahagian yang diambil adalah diminta untuk mengemukakan SURAT TUNJUK SEBAB berkaitan ketidakhadiran tersebut. 



Tindakan pengantungan selama satu (1) sesi  peperiksaan atau setahun (1 Tahun) akan dibuat jika calon gagal mengemukakan surat tunjuk sebab ini. 



Surat tunjuk sebab berkenaan perlu menyatakan alasan ketidakhadiran dan juga disahkan oleh Pegawai atasan yang berkenaan. Dokumen sokongan juga perlu dikemukakan bagi menyokong alasan yang dikemukakan.



Calon boleh mengemukakan surat tersebut ke pihak Unit Peperiksaan Jabatan secara email/faks/pos dan perlu diterima sebelum tarikh buka permohonan sesi peperiksaan akan datang/seterusnya. 



SILA ABAIKAN MAKLUMAN INI JIKA CALON TELAH MENGEMUKAKANNYA SEBELUM INI.